Thursday, November 1, 2012

Pelekat Dinding

Salam warga blogger semua yang telah lama aku tinggalkan semenjak aku sibuk dengan tugasan rumah lagi, tempahan masakan lagi(katering mak esah panggilan kawan-kawan ku di opis) dan jualan coklat lolipop icing image yang aku hantar di kedai-kedai berdekatan mendapat sambutan menggalakkan dan akan di perluaskan lagi di tempat lain. Cewah macam la besaq sangat perniagaan aku. Setakat ni walaupun sesibuk mana urusan, suami dan anak-anak tak aku lupakan sebab family first.

Citernya macam ni, baru ni aku pergi la beli pampers untuk anak teruna aku yang masih ganteng dan comel tu kat Mydin, masa beli pun tergopoh gapah jadi aku lupa dah yang penjual pampers bagi tahu ada pelekat binatang di sertakan dalam bungkusan pampers tu.

Ari-ari ambik pampers anak pun tak perasan sehinggakan pampers anak dah habis baru aku nampak kelibat pelekat ni. Ceritanya panjang lagi, tapi nak dipendekkan aku ambil pelekat tu dan lekat di dinding bilik menggantikan pelekat binatang yang aku penah belikan suatu ketika dulu. Daripada bunyi macam panjang jer la nih. Sabar ye kawan-kawan aku ni bukan apa bila bercakap non stop. Hihihi

Seronok bila berblogger ni sebab boleh kongsi perasaan dengan orang yang memahami selain keluarga. Macam la keluarga aku paham dengan perasaan aku sangat. Ada orang kesah ker?
Ker aku ni kategori syok sendiri. Hihi malu sekejap.


Nilah pelekat binatang yang aku maksudkan.
Nak lagi kena beli pampers jenama ni ok (Drypers)



Sama je dengan gambar atas tapi gedik santai nak jugak letak. Hi
 Oklah nak tulis entry lain plak nanti korang semua bosan plak, sebabnya macam biasa je tapi nak buat macam mana aku seronok sendiri bercerita. Keh keh

Bye.

No comments:

Post a Comment