Tuesday, November 6, 2012

Aduhai Emeerku Sayang

Nak dijadikan cerita lah katakan, petang jumaat lepas macam biasa akulah ibu akulah juga bapa kepada dua cahaya mata iaitu Emeer dan Meerdina. Petang tu masa di sekolah anakanda ku Emeer, cikgu ditaska dengan muka sedih memberitahu yang anak aku si Emeer terjatuh akibat memanjat rak. Tak pasti pulak rak apa, aku ni kan jenis tak suka menyoal sebabnya nanti macam-macam soalan yang aku kena tanya dan buatkan otak aku gegar.

Nilah akibatnya perbuatan anak aku yang suka mendengar cakap. Ada sahaja jawapan yang diberikan bila aku bersoal jawab dengan beliau. Asyik 'mana ada', emeer tak buat pun. Ha! tengok last-last nanti aku jugak yang sengsara sebab tak dapat jawapan yang dikehendaki. Boleh biul kepala otak aku ni dengan macam-macam kerenah anak aku sorang ni. Tapi yang best tentang anak aku, bila aku masak dia pun sibuk nak merasa pastu cakap ' wah hebat mama, mama masak sedap. ermmmm.... sedap emeer suka. Wah berbunga-bunga hati, perasaan dan jantung berdegup sesedap rasa sebabnya pujian ni jarang aku dapat. Hihi....

Tulah untungnya masa mengandung selalu berdebat dengan suami. Aku ni tengok je macam garang dan muka masam mencuka tapi aku ni baikkkkkk orangnya. Eh! boleh pulak tetiba puji masuk bakul angkat sendiri. Siapa lagi nak puji aku melambung macam ni kan?

Hari-hari masa dalam kereta nak gerak hantar anak-anak ribena aku ni mesti aku kena cakap ' Abang ok...Meerdina ok...' bila si abang dah jawabkan ok maka kena pulak cakap 'Ok get set goooooo.........' maka berlepaslah kami tiga beranak dengan berhati-hati. Nak tahu kenapa berhati-hati sebabnya anak aku pesan 'mama jangan laju-laju nanti langgar orang' tengok anak aku yang umur 3 tahun tu pun tahu sebabnya aku dah ajarkan... Hiiiiiiiiii teror tak mak anak-anak ribena aku ni.

Oklah lain kali aku sambung entry pasal anak bertuah aku ni lagi k.
Sebelum tu aku attachkan gambar beliau yang cedera di belakang akibat kelasakan yang tiada batasan untuk rujukan dan panduan korang semua ek.


Luka yang sukar dimengertikan...



No comments:

Post a Comment