Sunday, November 18, 2012

Ukur Baju Di badan Sendiri....Kuang3....

Ukur berat + ketinggian yang tak berapa tinggi sangat tuh...

Keputusan yang diperolehi...sabo je lah...
muhasabah diri jap..
Jangan di pandang pada rupa paras yang sememangnya tak berapa paras sangat rupanya...aduhai berat + ketinggian yang bukan menjadi ukuran ku...haha.....buat2 la muhasabah diri sikit ecah oiiii....sedar siapa diri ku ini. Akan ku gigihkan jugak melangsingkan badan ku yang entah bila nak langsing..kui..kui... sedarlah sebelum terlambat.

Malu.....
Sekian...entry pasal ni..sedih

Tiada kesudahan

Sambal tumis ikan bilis petai...wallahh + sambal tempe goreng
mavelossss gitu

Sama saje tapi gambo dekat sikit.....sikit jeeee dekatnya...hahahh....

Suhun goreng kentang kicap

Sambal sotong biasa2 saja....

Spageti carbonara versi ecah....makan dikala makanan len rasa tak nak makan...boleh gitu?

Versi dekat sikit....

Kuey teow hailam.......dikala makanan lain masih tak habis makan...gedik

Sama tapi versi dekat jerrrrrrrrrr.....

Sekian, gambo makanan dari saya yang suka ambil gambo makanan sejak ada blog nih...haaaa
kelas gitu...

Dina Oh Dina........

Salam sayang buat semua kawan2 ku sekalian. Erm.... sejak dua menjak ni asyik hujan je, sidai baju pun nak tak nak je keringnya. Ala aku ni pun bukannya rajin sangat basuh baju je aku rajin, tapi bila mai lipat dan angkat baju memang malas sangat2 macam ada orang ikat urat saraf aku hihiii..... tamo...tamo...alasan macam tuh.

Ish....ish apa pulak aku ni merepek tak tentu pasal...kuar .....hihiii saja ja nak saspenkan korang...bagi takut sikit. Ala ni nak cerita pasal anak dara aku ni, tengok! dari kecil aku dah latih membaca, sebenornya tak pandai mana pun......tapi buat-buat sibuk tengok gambar je tu. Eksen la katakan....tengok dari gambar mesti korang kata tengok muka buku je kan.... muka buku tu kira mukadimah mula-mula.....

Pastu boleh pulak tetiba demam badan panas seluruh badan sebab gigi geraham tumbuh mencecah gusi. Jenuh jugak tuh gigi tu nak menjelmakan diri. Patut2nya gigi depan atas or bawah yang tumbuh dulu tapi si Dina ni len pulak geraham yang tumbuh. Sabo la yek Dina oiiiiiiiiii... tu ujian untuk ko supaya suruh kunyah makanan dahulu..hiiiiiiiiiiiiii

Maknya pun tak dak nak kesian kan langsung......saboooooooo
Layannnnnnnnn.........


Kecik-kecik aku dah ajo.....mulut tu mesti je nak kena tutup...
baca dalam hati la konon tuh..

Nak jugak tuh posing....posing2 jugak dik oiiii jangan lupa muka surat dah ek.

Sambung baca lagi takut lupa muka surat mana dah baca kui..kui..kui

Posing lagi tuh....sudah...sudah la dik oiiii...ko baca je dah la..
biaq mama je ambik gambo ko.

Lepas baca demam pulak alasan gigi geraham tumbuh..

Baring senyap je tak nak gerak, tapi posing pegang kain di kepala..haaaa

Nak lagi tuh gambo pegang-pengang kepala nak tunjuk la betul2 tak sihat.

Jumpe lagi.....dina cute mama...

Sunday, November 11, 2012

Menu makan tengah hari aku yang awal

Daging Masak Merah

Sotong Goreng Kunyit

Bergedil.....
Ni juadah makan tengah hari yang aku sediakan semalam. Aku buat ala kadar je...sesedap tekak aku yang sememangnya aku masak ikut apa aku nak masak dan bahan-bahan pun dah ada..jadi aku buat la seawal pagi. Anak-anak aku seawal kul 5.30 pagi dah bangun, jadi aku terus angkut anak-anak aku berkampung di ruang tamu untuk aktiviti kuak kupu-kupu dan kuak lentang..ikut suka depa la nak buat kuak apa..janji aku boleh masak.

Seawal pukul 10 pagi dah siap untuk dimakan. Makan tengah hari boleh bertukar wajah jadi makan pagi. kihkihh....

Selamat menjamu selera.....

Roti Sardin-menu petang

Salam semua,

Roti sardin aku sediakan masa menu petang semalam untuk si suami dan anak tersayang makan sambil baring kuak lentang tengok tv. Aku pun tak sangka tup..tup dah siap walaupun anak dara aku menangis sebab tak nak berenggang, jadi nak tak nak aku angkut je letak dalam stroller usung ke dapur menemani aku di dapur masak. Yang si abang dan si suami tak sabar-sabar menanti menu petang, maklumlah rumah aku ni tak boleh duduk saja tanpa kudap-kudapan.

Nak dijadikan cerita lebihan adunan kuih cara semalam ada lagi jadi aku wat sekali...maka juadah petang sahaja aku buat 2 hebat tak aku nih...eh puji diri sendiri pulak boleh pulak gitu ek.

Oklah aku ni tak boleh cite panjang-panjang masa tak mengizinkan. Jumpa lagi ek....


Roti Sardin....ambo tak pandai buat

Roti Sardin yang tak deco dengan sos

Kuih Cara plus minum teh tarik.....

Posisi senget skit...kih kih
Tata..........

Tuesday, November 6, 2012

Teh Ais

Ha! ni satu lagi minuman kegemaran yang rasanya tak boleh aku tinggalkan iaitu 'Teh Ais'. Masa berpantang je aku kena tinggalkan sampaila aku agak-agak sendiri bila boleh aku minum. Tak senonoh betul aku ni kan? Aku cuba dulu minum sikit masa anak kecil aku Meerdina berumur 5 bulan lebih. Aku tengok dia ok je tapi aku kerap sapu minyak dekat perut (dalam hati risau jugak takut terjerit-jerit dia nanti sebab perut tak selesa, tapi ok je aku tengok jadi aku teruskan minum lagi sampailah dalam satu hari 2 kali aku minum..haha...bagus..bagus tindakan yang bijak.

Baru-baru ni aku balik kampung, mak aku kan buka kedai makan jadi apa lagi otak aku ni kan ligat memikirkan...tanpa berlengah buat-buat muka simpati nak bawak balik serbuk teh sedikit. Sebelum ni pun aku dah penah bawak balik siap beli penapis teh yang kedai guna untuk bancuh teh tu....ha.. sebabnya nak sama macam rasa teh dekat kedai jugak tidak tak best dan kawwwwww ar...boleh gitu!

Nak juga tu...apakan daya jika nak seribu daya aku usahakan..kuang..kuang ...kuang

Jeng...jeng tara....nilah dia teh yang sama rasa dan sama caler.

Sama tak?

Cawan pun aku guna macam kedai juga...
Ermmmm cukuplah entry pasal teh ais kegemaran aku ni. Nanti bosan pulak..
Zusss....

Aduhai Emeerku Sayang

Nak dijadikan cerita lah katakan, petang jumaat lepas macam biasa akulah ibu akulah juga bapa kepada dua cahaya mata iaitu Emeer dan Meerdina. Petang tu masa di sekolah anakanda ku Emeer, cikgu ditaska dengan muka sedih memberitahu yang anak aku si Emeer terjatuh akibat memanjat rak. Tak pasti pulak rak apa, aku ni kan jenis tak suka menyoal sebabnya nanti macam-macam soalan yang aku kena tanya dan buatkan otak aku gegar.

Nilah akibatnya perbuatan anak aku yang suka mendengar cakap. Ada sahaja jawapan yang diberikan bila aku bersoal jawab dengan beliau. Asyik 'mana ada', emeer tak buat pun. Ha! tengok last-last nanti aku jugak yang sengsara sebab tak dapat jawapan yang dikehendaki. Boleh biul kepala otak aku ni dengan macam-macam kerenah anak aku sorang ni. Tapi yang best tentang anak aku, bila aku masak dia pun sibuk nak merasa pastu cakap ' wah hebat mama, mama masak sedap. ermmmm.... sedap emeer suka. Wah berbunga-bunga hati, perasaan dan jantung berdegup sesedap rasa sebabnya pujian ni jarang aku dapat. Hihi....

Tulah untungnya masa mengandung selalu berdebat dengan suami. Aku ni tengok je macam garang dan muka masam mencuka tapi aku ni baikkkkkk orangnya. Eh! boleh pulak tetiba puji masuk bakul angkat sendiri. Siapa lagi nak puji aku melambung macam ni kan?

Hari-hari masa dalam kereta nak gerak hantar anak-anak ribena aku ni mesti aku kena cakap ' Abang ok...Meerdina ok...' bila si abang dah jawabkan ok maka kena pulak cakap 'Ok get set goooooo.........' maka berlepaslah kami tiga beranak dengan berhati-hati. Nak tahu kenapa berhati-hati sebabnya anak aku pesan 'mama jangan laju-laju nanti langgar orang' tengok anak aku yang umur 3 tahun tu pun tahu sebabnya aku dah ajarkan... Hiiiiiiiiii teror tak mak anak-anak ribena aku ni.

Oklah lain kali aku sambung entry pasal anak bertuah aku ni lagi k.
Sebelum tu aku attachkan gambar beliau yang cedera di belakang akibat kelasakan yang tiada batasan untuk rujukan dan panduan korang semua ek.


Luka yang sukar dimengertikan...