Thursday, November 1, 2012

Kesesakan yang melampau


Kesesakan (berderet-deret)

Panjang woooooo

Menanti dengan sabar


Hai penat sungguh aku masa balik kampung dan balik semula ke Putrajaya.
Pertama: Meriba anak yang kecil comel lotek
Kedua: Berhimpit tapi takla macam dalam tin sardin. Jangan imagine aku dalam suasana macam tu ek.
Ketiga: Kesesakan yang melampau dan tak selesa sebabnya terhinjut-hinjut sebab melalui jalan biasa untuk mengelakkan kesesakan. Akhirnya sesak jugak aku tempuhi.

Bukan aku yang drive kereta tapi aku tumpang sepupu aku yang kebetulan nak balik sempena musim hari raya haji baru-baru ni. Seronok tapi dalam hati menyesal sebab anak-anak rasa tak selesa dalam perjalanan. Tapi kesian jugak dekat aku sebab tangan sakit meriba Meerdina menempuhi kesesakan yang lama.

Aduhai ni la padah nak jugak ikut balik kampung. Alasan aku nak balik sebab si suami kerja, nanti kalau aku tak balik mesti kami duduk di rumah (Putrajaya) dalam keadaan sedih sebab suami bekerja memanjang asyik sambung ot anak bini kesunyian dan kesepian ditinggalkan.

Balik kampung apa lagi kerja aku makannnnnn ar. Maklumlah mak aku kan bukak kedai makan, apa aku nak kisah nak makan ambil memang dah siap. Senang je... kesian dekat mak aku sebab aku dan anak-anak makan banyak jadi aku kira, kumpul dan akhir sebelum balik bayar laaaaaaaa...hihi

Kadang-kadang mak aku ni jenis tak bekira. Ye ker? dalam hati mesti mak aku cakap anak aku ni makan kuat sungguh tak ada masa nak stop, asyik ulang ke kedai je. Habis satu juadah ulang pulak juadah len boleh bankrap aku tak untung malah rugi anak cucu balik sekali sekala.

Nasib la balik sekali sekala, kalau selalu tuttup kedai ar. Maafkan saya ye kalau terlebih makan.
Kami balik hari tu dengan menaiki van Genius Aulat besar betul van versi Toyota Hiace. Sepupu aku siap bawak balik board touch screen lagi untuk majlis akikah anak dia. Kalau van pun dah besar dalam pikiran aku balik ke Putrajaya nanti boleh bawak balik barang banyak-banyak sikit.
Hihi tak senonoh betul la aku ni. Boleh pulak berfikiran macam tu nanti apa pulak cakap sepupu aku.
Nak tahu aku bawak balik apa?
Ha!
Ikan bilis yang siap di kopek, 4 botol minuman ais krim soda (alasan nak mengimbau zaman dahulu bila minum air tu) tapi dah pesan bawak balik dengan botol sekali nanti kalau pembekal air tu tanya mana botol lagi sebab tak cukup kata pecah. Haaaaaa haah kesian mak aku menipu tak pasal-pasal sebab aku.
Bahulu, yang paling banyak adalah telur ikan dan kepala ikan. Aku cadang nak masak kari kepala ikan dan telur. Huuuh marvelous mak menakan lalu pun mesti tak sedarkan? Cayalah.

Nanti aku update kari kepala ikan dan telur ek, mesti korang terliur.

No comments:

Post a Comment