Tuesday, November 6, 2012

Kari Kepala Ikan + Telur Ikan

Assalamualaikum,
Arini mood aku ok dan ada la masa sedikit cewah macam la aku ni free sangat sampai boleh tulis blog.hihi...
Ape pun aku nak kongsi menu yang aku buat untuk si suami hujung minggu haritu.
Untuk pengetahuan kamu semua telur ikan ni jarang didapati tapi hari tu aku balik kampung my mum simpankan untuk anaknya yang kiut miut lagi montel (cewah aku la tuh). Bagi berapi sikit korang dengar.
Lama tak makan telur ikan ni jadi aku buatkan kari kepala ikan + telur tapi telur ikan ni kena bagi masak betul-betul baru best dan terbaik bila dikunyah. Aku ni tak la pandai sangat masak macam chef Kamarul hihih motip sebut chef Kamarul sebabnya aku selalu tengok Baba's Cubit. Masakan yang chef tu buat simple dan menggunakan rempah keluaran en Baba's.

Dah la masuk bab cerita aku pulak bosan cerita benda lain, kesimpulannya tak payah nak merapu meraban cerita mesti korang pun resah bila dengar cerita aku yang ntah apa-apa tiada kesudahan. Buat muka sedih sebentar mengenangkan diri yang kesedihan. Acah jer tuh!

Rupa kari ikan aku ni mesti bila tengok tak menyelerakan tapi boleh la cobaan untuk mengalas perut kami sekeluarga. Lupa nak bagi tahu, aku juga gunakan rempah giling yang diimport dari kampung iaitu my mum. Mak aku pun beli juga rempah giling ikan dan daging, maka aku sebagai anak yang ingin mewarisi masakan ibunda jadi aku telah songlap rempah kari setiap jenis 3 pack. Haha itulah dia anak yang bagus. Bukan membantu tapi menghabiskan bekalan barang jualan ibu tersayang sahaja.

Apa-apapun aku ucapkan bebanyak terima kasih pada ibunda tersayang sebab tak berkira. Yuhuuuuuu
Gambar rempah giling aku lupa nak snap. Senang-senang nanti aku akan usahakan untuk letak dekat entry ni untuk tatapan kawan-kawanku sekalian...(Jangan mintak sudah sebab aku bawak balik cukup-cukup ja). Kalau permintaan tinggi aku akan usahakan untuk jual...hahah asyik pikir business jer kepala otak aku nih.. Tapi tak apa kawan-kawan yang dekat dah paham perangai aku ni. Nak heran apa nya biasala keluarga business.


Boleh ke kari macam ni?
Ha....tengok telur ikan tu...! Sedapnya...
Ok la cau dulu, nak buat entry lain pulak. Jumpa lagiiiiiiiii.....

No comments:

Post a Comment