Tuesday, October 16, 2012

Emeer's Birthday (23.9.2009)

Birthday emeer aritu cadang nak buat kek lapis pelangi hajatnya tapi tidak kesampaian disebabkan kekangan masa yang melampau. Kesudahannya aku buatkan kek coklat moist yang aku ambik resepi dari ana (cahaya cinta ku). Asyik nak buat ada saja masalah ketika tu, nak tahu aper? oven yang aku ada saiz 19L je tapi nak buat kek saiz A4 bayangkan macam mana aku nak olah kek tu supaya saiz jadi sama dengan icing image yang oku tempah dekat Yummy. Punyalah jenuh aku pikir sampaikan terbawa-bawa dalam tidur. Akhirnya aku beli acuan kecik sikit dan cantumkan. Letih jugak sebab kena buat 2x. Buang masa ja order kan senang boleh aku duduk umah goyang kaki.

Tapi tidak aku gigihkan juga buat demi anak aku si emeer yang hyperaktif tuh, sebabnya ari-ari sebut nak kek birthday. Pandai pulak anak aku mintak kek sapo ajar aku pun tak tahu la.

Bukan tu ja, siap aku upah orang upahan aku buatkan goodie bag untuk di edarkan kepada kawan-kawan sekolah. Aku siap tanya cikgu sekolah lagi berapa orang punya la awal tapi dekat sebulan jugak baru siap. Hihi malu i cikgu emeer mesti tertanya-tanya dalam hati tanya awal tapi tup-tup dah dekat sebulan baru muncul goodie bag yang dimaksudkan.

Yang emeer pun satu (ish aku ni memang la emeer tu satu kalau 2 kembar la) bukan apa lepas dah dapat kek mintak lagi. Emeer buat-buat besabo dan tunggu la mama ko ni bernafas dalam-dalam dulu sebab aritu buat kek pun pening kepala aku semacam migran sebabnya pikir nak samakan kek saiz A4. Yang kelakarnya aku siap pergi Carrefour cari kek yang boleh aku beli cantumkan jadi saiz A4 tapi usaha aku gagal sebab kena beli banyak dan harga pun mahal. Pesanan, tahun depan aku nak tempah ja sebabnya sedar oven aku bukan macam kedai kek..hihi malu sekejap sedar diriku siapa.

Goodie bag yang dah siap untuk diedarkan
(simple but nice...)

Mesti korang nak tahu kenapa gambar Ultraman?

Kek yang siap tapi tidak tahu macam mana rasanya.
Kira boleh la (tengok pada tahap ketinggian kek macam tak jadi saja)
hihihi bersabar jelah

Time kasih pada echu sebab tolong susahkan diri membantu buatkan goodie bag untuk emeer siap designkan lagi icing image kek. Toce toce nanti upah ye

Meatball Cheese Baked

Percubaan Pertama. Sedappppppp

Saje gedik congkel dengan garfu nak snap gambar

Cobaan ke 2 tapi bawah letak spageti untuk bekal suami ke tempat keje
( orang lakikan kuat makan)
Penyakit ni aku dapat hasil daripada kawan-kawan opis aku yang sejak dua menjak ni suka makan meetball cheese baked sampaikan aku pun kena beli sama bila menjengah ke Yummy beli barang untuk coklat. Minggu tu jer aku dan suami makan meatball cheese sampaikan penat nak mengolah teknik masakan agar tidak sama dan jemu (maksud aku nak habiskan bahan-bahan yang aku beli, until now masih ada lagi berhenti jap buat). Jemu jugak o makan cheese macam ni boleh menambahkan lemak-lemak tepu yang sememangnya tepu di badan aku ni.

Motip aku cuba ni sebab nak bagi suami lebih berisi dan aku jugak suka cuba masakan baru yang jarang kami makan sangat. Aku kan orang kampung jadi mak aku tak penah dedahkan kami dengan masakan omputih ni. Duduk Putrajaya baru aku didedahkan dengan makanan macam ni jangan korang tak tahu. Tu pun ada lagi sesetengah makanan yang bagi aku pelik tapi bagi orang bandar makanan kegemaran mereka.

Oklah jumpa lagi

Double Down

Double Down
Yummmm......terliur
Aritu masa aku tengok promo kat tv ada abang Nara sedang menceritakan tentang kesedapan Double Down buatkan aku terliur sekejap dan terpikir seketika.

Kalau Abang Nara dah cakap sedap mesti ar keinginan aku untuk mencuba membuak-buak sehinggakan tidak terbendung sampaikan satu masa tu kat opis ada kena buat kerja-kerja penyelenggaraan fail dan menjelang tengahari makanan tidak dibekalkan. Marah masa tu tak dapatla nak di bayangkan umpama gunung Krakatua (gelaran En. Zek bagi kt opis). Cuba korang pikir tunggu punya tunggu makanan tak sampai-sampai until kul 2. Kesabaran ku hilang tp disejukkan dengan kehadiran burger simpati yang di order oleh cc dan k.shima. Time kasih ye

Sudah la stop jap pasal hal yang dah berlalu tuh buatkan gunung Krakatua lama umpama nak meletus semula. Ha ni dia burger keluaran terbaru KFC yang memang best bagi pendapat aku dan sedap di makan. Harga pun boleh tahan dan memang tepat apa yang dikatakan oleh Abang Nara tu.

Pada sapa yang belum mencuba lekas-lekas beli di KFC yang berdekatan. Aik nape aku ni jadi promoter tak dilantik untuk promote burger ni. Tak kisah la janji aku hepi.

Sekian.

Monday, October 15, 2012

Gambo budak debab


 Buah hati aku dan babah. Gambar abang nanti mama upload ek. Abang pun buah hati mama dan babah jugak cuma sekarang buh gambar adik dulu sebab benda baru jadi teruja lebih. Abang nanti mama nak kesahkan kelasakan dan kelincahan yang boleh di apditasikan dalam kartun bertajuk mak jemah dan anaknya. Hiiiiiiiii selamat melayan gambar anak dare aku ni..(MEERDINA WAFFIYAH).

Gambo baru menjengah dunia


Di peqosoh supaya cuba pakai bunga besorrrrr

Kak pora yang di perkotak katikkan

Baju yang di jahit oleh mama tok

Wat muka aksi sweet

Gambo sekarang dan kini

Resepi : Mee Sanggul Goreng

Hai kawan-kawan sumer...
Arini nak share resepi mee sanggul goreng versi aku sendirik bleh.

Mula-mula mesti la kna ada mee sanggul. Ha ni yang aku selalu beli bila balik kg tak penah mis tau. Kalau kt tempat korang tak ader bendaalah ni beli jelah jenama apa pun janji mee sanggul k.


Ni dia mee sanggul yang aku suka masak

Tara... dah siap untuk dimakan..Yum yumm

Kaedahnya mudah jer nak buat. Ni aku buat petang semalam gara-gara lapo pastu tak letak sayur sebabnya opkos la tak ada. Aku kasi resepi nanti korang pandai-pandai la ek update n upgrade ikut suke korang ek.

Bahan-bahan:
Mee sanggul (1 paket)
Udang secukup rasa
Cili kering yang diblender bersama bawang n belacan
Sos tiram (2 sudu)
Sos cili (3 sudu)
Bawang Putih-dihiris (2 ulas)
Sayur-sayuran yang korang suke ek

Cara-caranya

1. Opkos la panaskan minyak dulu secukup rasa.
2. Tumiskan bawang putih yang telah dihiris sehingga kekuningan
3. Masukkan cili kering. Kacau sehingga terbit bau n garing sikit tidak nanti cili xmsk korang sakit perut plak
4. Masukkan pulak sos cili n sos tiram n udang/sotong/fish cake ker
5. Luper lak buh garam n ajinomoto bagi saper yang suker ikut sesedap rasa
6. Ha lupa plak korang mesti rebus dulu mee sanggul agak-agak lembut jangan terlalu lama k nanti lembek sangat xbest.
7. Pastu masukkan mee sanggul n sayur-sayuran yang korang minat. Aku suka letak kucai n udang kering baru best.
. Asyik lupe memanjang aku ni nape ek...hihi tulis len pikir benda len keji la sape ni..huhu
Dah siap korang hidang la macam hidang spageti ala-ala master chef gitu baru suami n kawang-kawang tertambat.
Pesanan pade sape nok masak mesti buat dengan hati yang ikhlas baru la buat xsedap pun jadi sedap.
Klau xsedap jugak musti ada yang salah tu. Pikir sendiri la

k.bai selamat mencuba

Sunday, October 14, 2012

Hai bila nak habis nih....

Tu dia ubat yang perlu aku makan selama 5 hari.

Ha inilah ubat yang aku perolehi di klinik kesihatan akibat penyakit peod aku yang tak mahu berhenti. Dah nak masuk 3 minggu tapi masih tak ader tanda-tanda nak berhenti. Tapi start petang jumaat aku dah makan n aku lihat kejap berhenti kejap ader balik. Motip ko macam chip more kejap ade kejap tak ade. Si suami dah berkali-kali bertanya tak habis lagi ker mama oiiiiiiiii.. Mungkin letih menunggu buah yang tak nak gugur kot. Cian ko babah. Kalau mama bleh hentikan dah leme mama suh dia berhenti.

Aritu pagi jumaat g klinik aku dapat giliran yang last dh nak dekat kul 12.30 ngahari. Doktor cek pun nak tak nak jer. Huhu cian laki aku...sabo yer bang akan tibe giliran nyer nanti...kuang-kuang kuang. Sebabnya aku kna makan ubat ni gara-gara peod aku tak nak berhenti akibat daripada suntikan collagen yang aku ambil (perancang keluarga) setiap 3 bulan yang aku ambil. Tapi mla-mla cucuk ok jer peod aku yang kali ke 2 ni jer dia wat hal. Doktor cakap nak sesuaikan keadaan badan aku dalam mase 6 bulan ni. Tapi kalau nak sesuaikan pong jangan la lame sangat sang peod oiiiiiii cian laki aku nak habis ongkos aku sebab kna bli extra pad. Nasibbbbbbbbbbb

Dah la penat celoteh.. Jumpe lagi ek adios

'Hangus'

Salam,

Berblog lagi kite ek kali ni. Tapi semangat membaking kuih apam gula hangus membuak-buak sehingga tidak terbendung dek keghairahan mencuba resepi yang sudah lama di idamkan oleh wanita jelita seperti ku. Peh nak angkat diri sendiri plak dalam bakul...boleh ker?

Nilah hasil membaking kuih apam... resepi ni senang jer nanti cadang nak upgrade letak chocolate chips plak bagi pembaharuan yang menggunung.
Ni cobaan aku yang pertama. Nampak macam menunduk kan? sebabnya aku nak kejor ngan tangisan anok kecik jadi aku buh adunan dalam acuan bagi penuh, konon nak cepat habis n siap. Bleh gitu...

Ni hasil tuaian yg kali ke-2..cobaan menjadi (rahsianya kna letak minyak banyak kit kat acuan) biaq lbh xper jangan kurang k


Resepi ni aku ambik saper punya pun xtau kra gambo come aku ambik jer. Pada tuan empunya resepi time kasih daun keladi sebabnya walaupun cobaan petama dah jadi malah dapat pujian kawang-kawang seantero opis ku n babah. Time kasih daun keladi.

Resipi nanti saya update k. Skang nak kejo update entry len plak. Kejo mase nih

Ok babai

Wednesday, October 10, 2012

Rezeki

Salam,

Hai dah lamer rasenye saya tidak mengaktifkan diri dalam alam perblogan. Rindu sangat masa mula-mula dulu aktif berblog sjak 2 menjak ni jer dh slow n trus hilang entah kemana sampaikan password pun xngat seolah-olah di bawa arus.hihi  merepek jap ntah aper-aper aku ni.maap ek kawang-kawang

Baru-baru ni terhasillah satu semangat yang bleh memberi keuntungan kalau diusahakan berterusan dan stakat ni berjaya sudah dan telah di pasarkan di kedai-kedai terpilih. Mana-mana kedai yg belum terpilih lagi maap la ek nanti saya pilih awak yer. Nilah dia hasil usaha gigih saya minggu lepas walaupun anak tido baru boleh mulakan aktiviti ni tapi seronok sangat sebab si suami pun menyokong malah memberikan idea-idea yang boleh kira bernas jugak la (nanti kata tak bernas kecik plak hati walaupun dah tahu saiz badan tidak kecik) hihihi jangan marah ek wahai suamiku yang kiut. Ambik ati balik hihi

Ni jugak hasil usaha aku cuma posisi jer len..kehkeh nak jugak tuh
Nilah hasil usaha aku..

Untuk pengetahuan kawang-kawang sumer yang bulat tu aku jual dengan harga RM2 dan yang empat segi plak aku buh RM2.50 sebab yang petak tu icing mahal kit.kuang kuang alasan yang tak bleh diterima oleh para pembeli di luar. Lantak korang la nak terima ke tak yang pasti kedai-kedai yang terpilih tu aku letak sudah sold out cuma tunggu replace order jer lagi ek. Jangan jeles, ayat keji skit dekat kawang-kawang seantero aku ciksu,meksu n miju.

Sekang aku telah mengupah designer utk wat kerja-kerja labelling contact person(dirahsiakan penama). Adui cakap omputih jap aku ni. Saper-saper yang nak guna khidmat kawang-kawang aku ni mesti mintak permission aku dulu sebabnya nanti korang suh kerja aku plak di abaikan walaupun upah yang aku beri tidak seberapa sangat sebabnya belum disenaraikan di bskl.

Pesanan pada kawang-kawang opis or jiran-jiran aku seantero kalau nampak coklat lolipop ni beli la ek untuk anak korang rugi tak cuba. Sedap ker? sedangkan coklat je pun cuma aku upgrade buh icing image gambo animasi kegemaran kanak-kanak masa kini jer (tu teknik nak syko dak-dak jer hihi) pada mak bapak anok-anok yang menggemari animasi ni beli banyak-banyak tau. Wat ayat keji skit

Monday, October 8, 2012